Wednesday, March 11, 2009

6 PERKARA HAQ6 PERKARA HAQ MUSLIM KE ATAS MUSLIM YANG LAIN MUSLIM KE ATAS MUSLIM YANG LAIN

6 PERKARA HAQ MUSLIM KE ATAS MUSLIM YANG LAIN


Ukhuwwah Islamiah adalah merupakan tonggak kepada kegemilangan ummah dan merupakan satu tuntutan dalam Islam.Islam telah menggariskan haq-haq yang perlu dilaksanakan demi kesejahteraan insan sejagat sepertimana yang terdapat dalam sabda Nabi Muhammad S.A.W.Ini membuktikan kepada kita bahawa pentingnya menjaga haq ukhuwwah di antara kita sebagai Muslim………………………………………………..


HAQ MUSLIM KE ATAS MUSLIM YANG LAIN:


1-Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu hendaklah kamu memberi salam.


2-Apabila kamu mendapat jemputan daripada saudara kamu,maka penuhilah jemputannya.


3-Apabila kamu diminta supaya memberikan nasihat hendaklah kamu menunaikan permintaan itu.


4-Apabila saudaramu bersin dan bertahmid,maka lengkapkanlah dengan bertasymit.


5-Apabila saudaramu sedang berada dalam kesakitan,ziarahilah saudaramu itu.


6-Apabila saudaramu meninggal dunia,iringilah jenazahnya sampai ke tanah perkuburan.

No comments:

Post a Comment