Wednesday, March 11, 2009

SEJARAH MEMBUKTIKAN KEKALAHAN ISRAEL

Beberapa bukti kekalahan pihak zionis ditangan ketenteraan MESIR suatu ketika dahulu,kini kita boleh lihat sendiri beberapa jenis bahan yang pernah diguna pakai oleh israel yang dikeluarkan daripada negara itu sendiri,dan kebanyakkannya terdapat dirumah kita...
Pihak tentera mesir memberi beberapa arahan supaya tidak naik keatas kubu tinggalan zionis,berkemunkinan besar masih terdapat bahan letupan yang masih aktif sehingga hari ini dan masih belum diketemui sehingga kini..

Inilah kubu dibawah tanah yang berjaya diserang oleh pihak lawan,mengikut sejarah kubu ini dianatara kubu yang terkuat dan sukar untuk ditumpaskan oleh pihak islam,namun allah maha kaya dengan mengilhamkan mimpi kepada seoarang ulama' mesir syekh abdul halim mahmud,mengikut riwayat sejarah,kubu ini tidak dapat diletupkan dengan bahan api,lalu ulama' ini telah bermimpi hanya dengan mengunakan pancutan air sahaja mampu meledakkan kubu ini,lalu pihak islam telah melancarkan serangan udara dengan mengunakan bom air,lalu sedikit demi sedikt kubu ini di tumpaskan,dan diikuti dengan bom berangkai...sehingga ke hari ini kesan letupan masih lagi dapat dilihat...

Kubu dibawah tanah ini direka dengan ketulan batu yang diikat rapi dan dijadikan perisai dibahagian atas kubu



Dan ini pula laluan tentera israel untuk menghubungkan dari satu kubu ke kubu yang lain.sekali pandang ia seakan-akan meniru (khandak)yang mana seperti yang telah berlaku sewaktu peperangan khandak dizaman kebangkitan islam sewaktu ketika dahulu...



Ini merupakan laluan di bawah tanah yang dicipta oleh pihak israel,terowong ini merupakan terowong kebal yang tidak mampu dimusnahkan dengan letupan,didalam terowong ini terdapat pejabat,asrama tentera israel,dan bekalan peluru,walaubagaimanapun kami tidak dibenarkan umtuk mengambil gambar didalam didalam ini dengan beberapa sebab keselamatan...












Kami diberi sedikit taklimat oleh tentera mesir,isi kandungan taklimat,kami di jelaskan mengenai strategi dan perancangan pihak israel sebelum melnacarkan serangan..








Peluru untuk melancarkan serangan dengan pelancar roket...








Inilah bebrapa barangan tinggalan zionis,antaranya telefon,radar,kitab yang diangap suci oleh zionis dan lain-lain lagi...









Lihat....colgate yang mana bukti barangan yang patut diBOIKOT,





































Keluasan Neraka yang amat dasyat...JOM KITA HAYATI BERSAMA..

Keluasan Neraka yang amat dasyat

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan
berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad........, smbg..

aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. "

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit
dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai
yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah,
dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.
a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

mari sama2 kira renungkan.....sudah kah kita menunaikan nya...

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Tidak ada zakat pada hasil bumi yang kurang dari lima Wasaq (tiga ratus sha`), tidak ada zakat pada unta yang kurang dari lima ekor, tidak ada zakat pada perak yang kurang dari lima uqiyah



SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTUNAGAN BUAT SAKINNAH DARWISHAH 3 SYAWAL PASTI DI INGATAN..Mari kita mengkaji dalil tentng pernikahan pulak.


DALIL-DALIL KELEBIHAN BERKAHWIN:

1. DALIL DARI AL-QURAN

Firman Allah Taala:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.

“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka.

“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)

Firman Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.

2. DALIL DARI HADIS RASULULLAH S.A.W :

Sabda Rasulullah s.a.w :

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Hadis Dha’if riwayat Ibnu Majah)

Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)

Lima hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan). Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .

3.DALIL DARI PERKATAAN PARA SAHABAT DAN ULAMAK

Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:

“Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat.”

Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.

Saidina Abbas r.a. berkata:

“Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”

Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.

Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.

Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua’z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya:

“Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. “

Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.

Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya:

“Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak.”

Sufian bin Uyainah berkata:

“Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. “

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya:

“Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang.”

TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat 5 tujuan iaitu :

1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:

i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

TUJUAN DAN GALAKAN BERKAHWIN

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Rum ayat 21:

Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.

Di dalam firman Allah s.w.t. di atas jelas dan nyata sekali akan tujuan sebuah perkahwinan iaitu:

Membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai.

Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap kesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan sama-sama dikecapi.

Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.

Tiga pengajaran utama dari ayat di atas yang digariskan oleh Syeikh Muhamad Ali Qutb melalui bukunya, Tuhfatul Aris wal Arus ialah :

Pengajaran pertama:

Ketenteraman jiwa dari belenggu kemahuan nafsu dalam kehidupan suami isteri merupakan perkara yang asasi. Ketenteraman yang dimaksudkan di dalam ayat di atas terlalu luas pengertiannya, bukan hanya sekadar ketenteraman nafsu syahwat sahaja. Bahkan merupakan suatu kelegaan dan keselesaan dari keresahan, kegelisahan, kesunyian dan kekosongan. Atau dengan makna yang lebih tepat ialah ketenteraman rohani dan ketenangan batin.

Antara bukti yang nyata sekali ialah zuriat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. terhadap pasangan suami isteri. Ianya banyak mengisi kekosongan ruang yang sedia ada dalam jiwa pasangan ini. Malahan setiap manusia akan merasa kesunyian dan keresahan tanpa zuriat. Dengan mengendalikan perkara pertama ini dengan berpayungkan al-Quran dan al-Sunah, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga akan sentiasa berada di samping mereka. Sebaliknya, melakukan zina samada dengan perempuan simpanan atau pelacur tidak ke mana arah tujunya. Hanya sekadar mahu mendapat sedikit dari kelazatan hidup.

Pengajaran kedua:

Rasa cinta yang berbalas. Iaitu yang lahir dari perlakuan antara satu sama lain, dan lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu membantu antara suami isteri dan antara keluarganya masing-masing. Dengan semangat kerjasama antara suami dan isteri, begitu juga antara ibubapa dan anak-anak, di mana kesusahan mereka pikul bersama untuk menanggungnya, manakala mendapat kebahagiaan mereka sama-sama mengecapinya, maka darinya akan lahirlah apa yang dinamakan dengan cinta berbalas.

Pengajaran ketiga:

Rasa kasih sayang, di mana kehidupan manusia akan dirasakan terlalu pincang tanpa perasaan ini. Kasih sayang sebagai ibu, ayah, suami, isteri dan anak.

MASALAH PEREMPUAN LAMBAT KAHWIN

Masalah kahwin lambat kahwin yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan. Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 - 19 tahun lebih kurang 97 peratus, dan ianya menurun 6 peratus sahaja pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih .

Jika sebelum merdeka, purata perkahwinan ialah pada sekitar usia 17 tahun, tetapi di luar bandar sekitar 15 - 16 tahun. Sekarang purata perkahwinan adalah pada umur 20 tahun. Dari itu, pada keseluruhannya penduduk Malaysia masih berkahwin pada usia muda. Contohnya, pada tahun 1988, umur perkahwinan pertama bagi wanita Melayu 19 tahun, Cina 22 tahun dan India 20 tahun.

Dahulu seorang gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini sudah tidak begitu lagi, kerana pada usia tersebut masih ramai yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi, dan akan berlanjutan sehingga usia 24 atau 25 tahun. Itupun kalau tidak meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Mereka akan bekerja dengan sektor awam atau swasta atau istirahat sementara mendapatkan pekerjaan. Mungkan pada usia 30 tahun ke atas bolehlah dikatakan lewat terutama bagi wanita kerana ada faktor lain yang perlu diambil kira, yang berkait rapat dengan usia, seperti jangka hayat kesuburan yang berkait rapat pula dengan masalah kesihatan ketika hamil dan melahirkan anak dan sebagainya.

Faktor yang menyebabkan wanita lambat berkahwin ialah :

1.Perubahan nilai sosial.
2. Alasan ekonomi memaksa perubahan umur berkahwin.
3. Akibat perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita, seperti melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.
4. Sukar mendapat pasangan yang sesuai dan idaman hati.
5. Masalah peribadi.

Antara kesan negatif ialah:

1. Wanita yang berkahwin lambat akan melambatkan kelahiran anak pertama, tempoh subur dan selamat untuk mengandung dan melahirkan anak lebih pendek (15 - 49) tahun. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama menghadapi komplikasi yang lebih tinggi semasa mengandung dan bersalin.
2. Majoriti masyarakat memandang serong dan kurang menyenangkan.
3. Membuang masa dan kurang produktiviti (zuriat dan ibadat)
4. Bercanggah dengan tuntutan agama yang menggalakkan kahwin lebih awal bagi menghindarkan maksiat.

Kebaikan dari berkahwin lambat ialah :

1. Minda lebih matang.
2. Ekonomi stabil.
3. Pengetahuan dan kemahiran lebih sempurna.
4. Lebih bersedia dan berkeyakinan.

PERISTIWA DI BULAN SYAWAL

Berakhirnya ramadhan tibanya syawal......dalam keseronokan di dalam bulan syawal ,segelintir umat islam masa kini terlupa pelgbagai peristiwa dalam bulan syawal telah berlaku...sejarah di DALAM KELENDAR islam telah merakamkan pelabagai peristwa yang telah berlaku di dalam bulan islam.antaranya,,,perang qunaina',dimana peristiwa ini benar2 menyayat hati umat islam,seorang wanita muslimah telah di cabuli kehormaatnya oleh pemuda yahudi dari bani QUNAINA'.peristiwa ni berlaku semasa di pasar apabila sendang membeli gadis ini di paksa utk memnunjukkan mukanya,setelah engan berbuat demikian pakaian gadis tersebut di tarik sehingga tekoyak dan menampakkan tubuh belakang...peristiwa ini di saksikan oleh masyarakat yahudi yang ada pada masa itu lalu di tertawakan oleh mereka...cara yang menghina wanita islam ini menarik perhatian seorang lelaki islam yang kebetulan ada pada masa itu...lalu lelaki tersebut berjaya mmbunuh yahudi tadi...di pendekkan cerita bermula lah perbalahan peperangan qunaina'...banyak lagi peristiwa bersejarah yang telah berlaku di dalam bulan syawal yang mulia ini...sperti perang uhud ,perang hunaian,perang ahzab.......mari kita menghayati peristiwa ini bersama2..moga kita semua beroleh istifadah DAN PENGAJARAN dari peristiwa2 yg telah saya kongsikan tadi....oleh itu di dalm asyik bergembira menyambut sambutan aidilfitri...kita tidak boleh lupa jasa dan pengorbanan umat terdahulu dalam berkoban keseronokan menyambut aidilfitri demi menegakkan islam...tanpa mereka siapalah kita....SALAM LEBARAN DI AIDILFITRI.....SALAM PERJUANGAN UNTUK SEMUA

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..

-Ibnu Qayyum-

PESANAN RASULULLAH KEPADA SAIDATINA FATIMAH AZ ZAHRAH

PESANAN RASULULLAH KEPADA SAIDATINA FATIMAH AZ ZAHRAH

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

RENUNGAN BERSAMA...

“Renuglah selalu hati kita Kerana ia merupakan sumber Kebaikan dan kejahatan Wadah kekufuran dan keimanan Rebutan di antara malaikat dan syaitan Hati perasaannya halus Sentuhannya tidak terasa Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kita Siapa yang arif perjalanan hatinya Faham kebaikan dan kejahatannya Bersugguh bermujahadah membuang kejahatannya Diganti segera dengan kebaikan Orang itu akan selamat Dari tipu daya syaitan dan dunia Ramai orang yang tidak faham Perjalanan hatinya sekalipun ulama Terima sahaja yang baik dan yang buruknya Kemudian merasakan baik kesemuanya Tiada terasa lagi membuat dosa Di sinilah perlu pimpinan Guru yang mengenal hati manusia”

SENYUMAN DARI -HAMKA-


Senyuman adalah ibarat perasaan batin yg membantu mengindahkan perhiasan lahir yg kurang cantik. Dengan senyuman ke mana pun kita pergi bersinarlah di sana cahaya kegembiraan. Dengan senyuman tiada urusan yg berat dalam dunia ini. Semuanya dapat diatasi.-HAMKA

Malam LailatulQadar Daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha,

Malam LailatulQadar Daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha, beliau berkata: قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).” (HR. Tirmidzi nombor 3513, kata at-Tirmizi: "haza hadis Hasan Sahih/ hadis

AKIBAT TIDAK BAYAR ZAKAT,,subhanallah...apa lagi yob ayuh bayor ler...


BANTU LAH MEREKA...


RAMADHAN DAN PALESTIN


Pastinya kehangatan ramadhan yang semakin menjelang tiba menyebabkan umat Islam menantikannya dengan penuh keazaman dan penuh pengharapan. Keazaman untuk melakukan yang terbaik bagi ramadhan tahun ini dan pengharapan agar segala amalan yang dilaksanakan di bulan mulia ini diterima oleh Allah swt. Justeru itu ramai di kalangan umat Islam menggandakan amalan pahala mereka di bulan ini dengan janji pahala akan dilipat gandakan. Suasana menyambut kedatangan ramadhan didahului dengan puasa sunat dan sedekah di bulan Rejab dan Sya’ban iaitu persediaan-persediaan rohani untuk menyambut kedatangan ramadhan. Semuanya ini adalah berdasarkan keyakinan bahawa Allah swt akan sentiasa melihat dan menghitung segala amalan yang dilakukan oleh seorang hamba yang penuh pengharapan kepadaNya.


RAMADHAN AL MUBARAK MENJELMA LAGI...

RENUNGAN BERSAMA...

“Renuglah selalu hati kita Kerana ia merupakan sumber Kebaikan dan kejahatan Wadah kekufuran dan keimanan Rebutan di antara malaikat dan syaitan Hati perasaannya halus Sentuhannya tidak terasa Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kita Siapa yang arif perjalanan hatinya Faham kebaikan dan kejahatannya Bersugguh bermujahadah membuang kejahatannya Diganti segera dengan kebaikan Orang itu akan selamat Dari tipu daya syaitan dan dunia Ramai orang yang tidak faham Perjalanan hatinya sekalipun ulama Terima sahaja yang baik dan yang buruknya Kemudian merasakan baik kesemuanya Tiada terasa lagi membuat dosa Di sinilah perlu pimpinan Guru yang mengenal hati manusia”

Daripada Abi Hurairah r.a.

Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ketika akan tiba Ramadhan : "Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa." ( H.R. Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi )

ILMU ADALAH PETUNJUK AMAL


"Ilmu adalah petunjuk bagi amal,
Faham adalah kunci bagi ilmu,
Akal adalah pembimbing kepada kebaikan,
Hawa nafsu adalah kenderaan bagi dosa,
Harta adalah kenderaan orang yang sombong dan Dunia pasarnya akhirat"...

Suhbat di Akhir Ramadhan

Suhbat di Akhir Ramadhan Buat halaman ini dlm format PDF Cetak halaman ini Kirim halaman ini ke teman via E-mail
Ditulis oleh Maulana Sulthanul Awliya’ Syaikh Muhammad Nazhim ‘Adil al-Haqqani
ImageKita berlari menuju Allah dari Setan! Setan memiliki 1001 tipu daya dan perangkap untuk menangkap manusia. Salah satunya adalah bahwa dia membuat kalian merasa mampu untuk melakukan sesuatu, bahwa kalian mungkin pantas untuk sesuatu, bahwa kalian adalah istimewa.
Jangan mengklaim apa pun, itu adalah berasal dari ego (nafs atau kedirian), tetapi katakanlah, “Saya tidak dapat melakukan apa pun.” Mampu melakukan hal-hal duniawi tidaklah memiliki nilai. Adakah Allah telah ciptakan kalian untuk suatu profesi tertentu, atau untuk melayani-Nya dan untuk kehambaan? Apakah kalian pantas untuk itu? Kita berkata, "Oh, Di bulan Ramadhan ini kita telah shalat Tarawih 600 raka'at.” Masyaa Allah! Bagaimana jika seandainya kalian melakukan shalat seperti itu dalam satu malam!? Ego berkata, “Kami telah shalat demikian banyak bulan ini-- tentu kami telah mencapai 600 derajat.” Jika kalian berpikir bahwa kalian dapat melakukan apa saja, maka kalian akan melawan perintah Allah.

LA-GILA GILA-GI...LETUPAN DI BANDAR KHAHERAH ..

KHAHERAH,Satu lagi kejutan letupan yang berlaku dilorong membeli belah di sekitar masjid husen berdekatan dengan bangunan universiti al azhar,Kelihatan beberapa angota keselamatan sedang menutup jalan bagi tujuan siasatan,kejadian ini berlaku kira2 jam 6 .50 ptg waktu mesir,di percayai dua butir bom tangan berjaya diletupkan dari tingkat atas salah sebuah hotel berhampiran,bagaimana pun kemalangan ini telah mengorbankanseorang warga wanita perancis dan 20 orang cedera. Mangsa cedera adalah 13 warga prancis, 3 warga jerman dan 4 orang mesir termasuk anggota keselamatan dan kanak-kanak.AlHAMDULILAH., tiada warga malaysia atau pelajar al azhar khususnya rakyat maaysia yang terbabit dengan musibah tersebut,sememangnya tempat ini menjadi tumpuan pelajar2 malaysia datang ke sini.Berhampiran tempat kejadian terdapat universiti al azhar yang mana saban hari pelajar2 malaysia akan datang untuk bertalaqi(belajar) bersama Syeikhul Azhar..Sememangnya ALLAH melindungi para penuntut ilmu ALLAH.........



Dua bom yang dicampakkan dan hanya satu yang meletup. Bom yang berupa tin besi dan dibungkus dengan tangan yang mengandungi bahan TNT, batu dan pasir. Ia adalah buatan tempatan.

-bom yang tidak meletup jaraknya dengan yang meletup adalah 3 meter menurut saksi. Ia telah dimatikan fungsinya dengan plastik2 berisi pasir.

- pihak keselamatan mesir menyatakan bahawa bom diletakkan dibawah kerusi batu berhampiran restoren diluar hotel husein.

- pihak keselematan telah mengepung hotel-hotel dan restaurant yang berhampiran untuk mengenal pasti penjenayah yang terlibat sebaik sahaja pengeboman ini berlaku. Mereka telah menegah masuk atau keluar dari kawasan tersebut. Anjing2 polis juga digunakan untuk memeriksa kawasan kejadian.

- pelancong yang berada disitu dibawa dari situ dengan sepuluh biji bas dengan kawalan ketat.

-mangsa yang cedera dibawa ke hospital universiti Husein, hospital antarabangsa mesir, hospital kaherah Fatimiah dan Ma’had Nasir.

-Satu yang kritikal kerana serpihan2 telah masuk ke peparunya. Adapun yang lain dilaporkan stabil.

- Syeikhul Azhar telah menyelar pengeboman ini dan menyifatkan sebagai jenayah yang pengecut dan ditolak agama Islam.

- 3 orang telah ditangkap kerana disyaki terlibat dgn pengeboman ini.

MENDAULATKAN BAHASA MELAYU

Sememangnya pekara ini perlu dikaji semula.begitulah desaan tiga tokoh yang di segani ini dalam satu liputan berita bersama tv3,pengunaan bahasa inggeris dalam sains & matematik sebenarnya kurang relevan diwaktu ini..mengikut kajian yang telah dibuat murid bukannya tidak bijak atau tidak pandai,..tetapi hanya kurang faham,sangupkah anda semua melihat anak bangsa melayu ketinggalan dibumi mereka sendiri?,..... Namun dalam masa yang sama bahasa inggeris juga tidak boleh diketepikan,tuntutan semasa dalam pengunaan bahasa inggeris harus diperkasakan didalam subjek itu sendiri...inilah sebaik-baik cara untuk memantapkan pengunaan bahasa tersebut,bukan dengan cara membahasakan semua subjek termasuk sains dan matematik didalam bahasa inggeris .....

Jika teori ini masih berterusan negara akan kehilangan lebih banyak anak banggsa yang berpendidikan khususnya anak melayu sendiri,dan tidak mustahil 50 tahun daripada sekarang kita akan kehilangan utusan malaysia ,berita harian dan sebagainya,jika ada sekalipun munkin hanya sebagai sisipan didada akhbar seperti news strait times saja...jika kita lihat negara-negara maju dieropah 23 daripada 26 menjadikan bahasa nasional negara masing-masing itu sendiri sebagai bahasa pengantar didalam semua subjek ,dan tidak kurang daripada 50% rakyatnya mahir didalam bahasa inggeris juga,ini adalah hakikat..apa yang dibimbangkan sekarang takut-takut ,perpatah melayu ada mengatakan"yang di kejar tidak dapat,yang dikendong berciciran" jadi saya amat bersetuju dengan GMP dan tiga tokoh ini..CINTAILAH BAHASA KITA....

AL-FATIHAH....


Batu Gajah, 9 Feb - Ahli Parlimen PAS di Parlimen Bukit Gantang, Hj Roslan Shahrum disahkan meninggal dunia hari ini akibat serangan Penyakit Jantung.





PALESTIN MENANGIS...SAMPAI BILA KITA MAHU LIHAT SAHAJA..





Serangan Israel ke Gaza masih berlanjutan dan berterusan dari semasa ke semasa. Pemimpin Hizbullah mengingatkan serangan ini seumpama ketika Israel menyerang Lubnan 2006 yang lalu. Pengamat politik juga pakar strategi dari Lubnan menilai bahawa serangan Israel ini akan lemah jika HAMAS sekuat Hizbullah. Bagaimanapun, kepada Allah segala ketentuan.

>> Situasi di atas hanyalah kenyataan politik, bukan ingin mencampuri urusan politik mana-mana Negara dan bukan untuk melebarkan fitnah antara mana-mana Negara.


[MAP] Awal pagi tadi sekitar jam 12.30 pagi-4.00 pagi(30/12/08), beberapa bangunan Kerajaan Palestin Gaza telah diserang oleh Israel. Menurut sumber, bangunan-bangunan(Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri) kerajaan mengalami kerosakan akibat 20 serangan peluru berpandu Israel(serangan udara) malah serangan untuk kali kedua ke Universiti Islamiah Gaza. Turut terancam beberapa rumah penduduk Palestin yang berhampiran dengan tempat yang diserang, termasuk rumah Ismail Haniah(Perdana Menteri di Gaza, merupakan pemimpin tertinggi HAMAS).

[MAP] Jumlah penduduk Palestin yang syahid setakat ini meningkat ke angka 360, 1700 cedera termasuk kritikal. Bagaimanapun dalam serangan udara Israel pagi tadi mengakibatkan 2 kanak-kanak perempuan(kakak dan adik) syahid, jam 9.05 pagi (waktu Mesir). Menurut sumber, jentera serangan udara Israel adalah helikopter apache dan pesawat F-16. Saat ini, F-16 berlegar-legar di ruang udara Gaza malah jet pengintip tanpa pemandu juga mengintai-ngintai di ruang udara Gaza bagi mencari sebarang pergerakan pejuang Palestin dan sasaran seterusnya. Pejuang Palestin cuba untuk menjatuhkan pesawat pengintip tetapi setakat ini belum ada kesan. jam 11.05 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur. Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.


[MAP] Kapal al-Karamah kembali ke Gaza untuk kali kedua dengan membawa bantuan rawatan dan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza telah dikepung 4 buah kapal perang Israel. Menurut sumber, al-Karamah dilanggar dibahagian hadapan. Dalam masa yang sama masalah teknikal berlaku. Bagaimanapun kapal Israel melarang al-Karamah mendekati perairan Gaza dan dipaksa berpatah semula ke Cyprus. Menurut sumber pelabuhan/pelantar nelayan Gaza untuk berlabuh telah dibom semalam oleh kapal perang Israel. Anak kapal al-Karamah termasuk Sami al-Haj(wartawan al-Jazeerah) menyatakan agak mencemaskan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, tambahan pula kerosakan berlaku kerana dilanggar kapal Israel.

Jurucakap Menteri Luar Israel mendakwa al-Karamah membuat propaganda terhadap Israel. Tambah beliau, kerana al-Karamah bersimpati untuk HAMAS namun Marwan Al-Barghousi(Jawatankuasa yang terpenting bagi Palestin) membidas kenyataan itu. Katanya, Israel sengaja membuat unsur-unsur pembohongan. Tambah beliau, al-Karamah hanyalah kapal kecil untuk membawa bahan bakar pun tidak mampu.

Walaubagaimanapun, beliau amat berharap kesepatakan arab membuat ketetapan yang kuat bagi mendokong Gaza, seperti membuka sempadan Rafah. Juga membuat ketetapan bagi menghukum Israel dan memutuskan hubungan dengan Israel.

Terbaru: al-Karamah dalam perjalanan ke pengkalan Lubnan setelah Presiden Lubnan mengeluarkan kenyataan bagi menyelamatkan al-Karamah. Menurut sumber setakat ini, ada lagi kapal yang akan datang ke Gaza(Iran dan Libya). 9.20 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB menyeru Menteri-Menteri Luar Arab supaya bertindak dengan seberapa segera bagi menghentikan apa yang berlaku di Gaza. Beliau turut mengkritik pemimpin-pemimpin dunia kerana tidak ada kesungguhan bagi menghentikan serangan dan keadaan yang menimpa Gaza masa ini.

[MAP] Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel berkata, serangan-serangan udara Israel sekarang ini adalah peringkat pertama. Tambahnya, ada lagi peringkat-peringkat yang akan digerakkan dan akan mengambil tempoh masa yang lama. Peringkat serangan darat semakin hampir.

Setelah pertemuan semalam antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) dan pegawai-pegawai keamanan Israel telah memutuskan untuk meneruskan serangan ke Gaza walaupun mendapat tentangan, kritikan dan kecaman dari semua pihak. Diterima jam 11.20 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 380, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal. jam 11.50 (waktu Mesir)


Edit kali pertama (30/12/08) : jam 12.40 petang

Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber di atas adalah berdasarkan siaran langsung dari berita al-Jazeerah Teruskan bersama kempen ini.

SERANGAN KEDUA KE ATAS GAZA

kesan serangan Israel pada hari pertama 27 Disember 2008 menerusi youtube.com, klik di sini

[MAP] Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. Jumlah penduduk Palestin yang terbunuh telah meningkat ke angka 282, 700 lagi cedera, 180 darinya mengalami kecederaan yang kritikal. Di Negara-negara Arab, rata-rata penduduk Arab juga termasuk Eropah mengambil pendekatan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan bagi membantah, mengecam, dan mengutuk serangan Israel ke Gaza. Menurut sumber, 30 tempat di Gaza menjadi sasaran serangan udara Israel, terbaru kemungkinan akan berlaku serangan darat. Gaza bakal seperti Iraq, Afghanistan?

12.08 tengahari (waktu Mesir)

[MAP] 6500 tentera Israel mengambil langkah berjaga-jaga sementara beberapa tempat di Gaza terus dibom Israel. Menurut sumber, pejuang Palestin turut melancarkan serangan roket yang dilaporkan telah jatuh ke Askalan, Ushdud dan Sderot, Israel. Saat ini, beberapa penduduk Arab di beberapa Negara-negara turun dijalanan bagi membantah serangan Israel ini.

12.49 petang (waktu Mesir)

[MAP] Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel bertegas akan meluaskan lagi serangan ke Gaza bagi menjatuhkan HAMAS. 28/12/08., srael membenarkan 30 trak yang membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui sempadan(perlintasan) Karem Abu Salim.

[MAP] Kapal Terbang Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan telah sampai di Lapangan Terbang 'Arish semalam. Bagaimanapun, sehingga saat ini bantuan-bantuan tersebut belum lagi mendapat keizinan dari Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza. Jumlah penduduk Palestin yang terkorban meningkat ke angka 284 orang.

2.10 petang (waktu Mesir)

[MAP] Serangan terbaru di Beit Hanoun, Gaza. Helikopter Israel sedang melancarkan beberapa serangan ke atas beberapa buah tempat. Menurut sumber, serangan Israel itu ke arah pihak Kataib Izzuddin Al-Qassam merupakan sayap tentera HAMAS yang dilabelkan pengganas oleh Israel. Siaran langsung dari Gaza masa ini.

2.24 petang (waktu Mesir)

[MAP] Kenyataan Menteri Luar Mesir, Aboul Gheit yang mengatakan HAMAS tidak membenarkan penduduk Palestin yang mengalami kecederaan amelintasi sempadan Rafah untuk mendapatkan rawatan di Rafah Mesir. Bagaimanapun, HAMAS menafikan kenyataan Aboul Gheit itu.

[MAP] Syarat-syarat yang dinyatakan oleh Amerika dan Israel bagi menghentikan serangan Israel ini adalah:

1) HAMAS dan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin Gaza mesti kembali kepada persepakatan 'gencatan senjata' mengikut asas undang-undang antarabangsa.

2) HAMAS dan kesemua kumpulan pejuang Palestin di Gaza mesti menghentikan serangan roket dan apa jua bentuk serangan ke Israel, jam 2.43 petang.

Semalam jurucakap HAMAS menyatakan bahawa kami tidak akan mengangkat bendera putih dan kami akan terus pertahankan Gaza. Ismail Haniah(HAMAS), Perdana Menteri Kerajaan Palestin juga menegaskan bahawa kami akan tetap dengan pendirian kami sekalipun kami terbunuh, dimusnahkan dan seumpamanya. Kataib Izuddin Al-Qassam(sayap tentera HAMAS) dan kesemua kumpulan pejuang digesa pertahankan Gaza dan lakukan serangan balas ke atas Israel.

jam 2.45 petang (waktu Mesir)

[MAP] Penduduk Lubnan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Beirut, Lubnan. Menurut sumber, pihak keamanan Lubnan bertindak meleraikan tunjuk perasaan itu dengan gas pemedih mata. Di Iraq (beberapa buah bandar)juga walaupun ditakluk Amerika, mereka juga mengadakan tunjuk perasaan menghujum serangan Israel.

[MAP] Hasan Nasrullah menyatakan apa yang berlaku di Gaza juga sebagaimana yang berlaku di Lubnan(Israel serang Lubnan, 2006). Nasrullah juga menambah bahawa semua ini menuntut supaya tunduk kepada syarat-syarat yang telah dikemukakan Amerika dan Israel.

Jam 3.05 petang (waktu Mesir)

[MAP] Fauzi Barhoum(jurucakap bagi Kerajaan Palestin di Gaza) dalam sidang akhbar di Gaza sebentar tadi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Mesir dan kenyataan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin dalam satu sidang akhbar yang diadakan tenga hari ini di Kaherah ketika Israel terus menerus menyerang Gaza. Barhoum menjelaskan berhubung Palestin yang cedera agar dibawa ke sempadan Rafah sebenarnya tidak ada pemusatan maklumat dengan Kerajaan Mesir. Barhoum Juga mempertikaikan paparan yang disiarkan oleh televisyen FATAH di Ramallah yang memfitnah HAMAS.

3.15 petang (waktu Mesir)

[MAP] Protes besar-besaran di hadapan kedutaan Israel di London.

[MAP] Para penunjuk perasaan di Maghribi meminta Negara-negara supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel. Di Jordan, para penunjuk perasaan membantah serangan Israel yang terangan membunuh penduduk Palestin Gaza, mereka menuntut agar duta Israel ke Jordan dipecat. Sementara itu, di Qatar para mahasiswa-mahasiswi Universiti Qatar mengadakan demonstrasi sebagai protes serangan Israel.

[MAP] Penduduk Palestin di Tebing Barat mengadakan tunjuk perasaan, sebilangan besar turun di jalanan bagi mengutuk serangan Israel ke atas Gaza. Menurut sumber, 15 penduduk Palestin parah akibat tindakan pihak penakluk(tentera Israel) yang bertindak melepaskan tembakan peluru hidup ke arah mereka. Dilaporkan berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera Israel di Selatan Khalil. Tidak dinafikan, sekurang-kurangnya 2 penduduk Palestin dilaporkan terbunuh. Di jajahan 1948, 15 penduduk Palestin ditangkap tentera Israel.

[MAP] Menurut sumber setakat ini, jumlah penduduk Palestin yang syahid meningkat ke angka 290, manakala 800 lagi cedera termasuk yang kritikal. Sekarang Israel sedang menyerang Jabaliya yang merupakan benteng terkuat bagi pejuang Palestin di Gaza. Sementara itu, di Khan Yunis, Selatan Gaza Israel mengebom sebuah bangunan. Menurut sumber, Israel melakukan serangan udara ke atas beberapa buah yang dihuni oleh salah seorang pimpinan Kataib Izzuddin Al-Qassam, beliau syahid dalam serangan tersebut. Masjid juga dibom, menurut salah seorang tentera Israel..mereka mendapat maklumat masjid itu digunakan oleh pejuang Palestin bagi menempatkan senjata dan kegiatan 'irhabiah'. Masjid yang dibom hancur teruk malah ditemui 7 jasad penduduk Palestin yang telah terbunuh di bawah runtuhan masjid.

Selain itu, Yayasan Kebajikan yang didakwa bawah seliaan HAMAS turut dibom.

Setakat ini, tidak dinyatakan secara tepat jangka masa serangan Israel ke Gaza. Bagaimanapun, menurut sumber tentera Israel(pasukan kereta kebal) menyatakan selagimana tempat-tempat di Israel tidak tenang dari serangan roket, mereka akan berterusan menyerang Gaza. Menurut Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel bahawa serangan ini mengambil jangka masa yang lama. Tambah Tsipi Livni, Menteri Luar Israel, sasaran mereka di Gaza adalah HAMAS. Sebelum ini, Israel telah mengancam untuk menjatuhkan HAMAS.

[MAP] Menurut sumber dari tentera Israel, mereka telah menyerang 300 tempat dan kawasan yang ada kaitan dengan HAMAS di Gaza. Sementara itu, kereta kebal dan buldozer Israel telah dikumpulkan berdekatan dengan pertengahan Semenanjung Gaza, sebanyak 6500 tentera Israel mengambil langkah berjaga-jaga menanti arahan untuk serangan darat.

[MAP] Lagi demonstrasi dan tunjuk perasaan petang tadi. Di Turki, para penunjuk perasaan meminta supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel, sementara itu Perdana Menteri Turki turut mengecam Israel. Beliau mengatakan, tidak ada faedah untuk menghubungi Israel. Di Denmark, Norway dan Sweden juga ada tunjuk perasaan membantah dan memprotes serangan Israel ke Gaza.

[MAP] Terkini : 2 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan terbaru di tempat yang berbeza di Gaza. Menurut sumber, beberapa buah bangunan yang berhampiran Universiti Islamiah Gaza mengalami kerosakan akibat serangan Israel sebentar tadi. Antaranya adalah bangunan asrama.

29/12/08, jam 12.15 pagi(Waktu Mesir)

[MAP] Tolong berjaga-jaga dan jangan terpengaruh dengan sebarang propaganda yang menyatakan HAMAS punca semua ini. Setakat ini, Amerika dan Israel yang keluarkan kenyataan seperti itu, namun ada menteri arab juga yang keluarkan kenyataan sebagaimana Amerika dan Israel. Musuh yang nyata sekarang ini adalah Israel dan Amerika, juga sesiapa sahaja yang bersekongkol. Siang tadi berlaku beberapa kecaman terhadap HAMAS ketika satu sidang akhbar menteri-menteri Arab di Kaherah.

[MAP] Terkini : Kapal perang Israel mengebom pelabuhan/pelantar nelayan Gaza yang berdekatan Bandar Gaza, siaran langsung dari al-jazeerah di Gaza sekarang ini memaparkan serangan bersiri Israel. Ketika ini, jet pejuang F-16 Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza.

[MAP] Jam 9.35 malam(28/12/08), seorang penduduk Palestin dan pengawal sempadan Mesir terbunuh dalam satu kejadian tembak-menembak. Menurut sumber, kejadian itu berlaku kerana Palestin cuba merempuh sempadan Mesir-Gaza.

[MAP] Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel meningkat ke 301, manakala 800 lagi cedera termasuk kritikal.

29/12/08, 1.30 pagi(Waktu Mesir)

Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber di atas adalah berdasarkan siaran langsung dari berita al-Jazeerah bermula jam 10.00 pagi(28/12/08) hingga 3.00 pagi(29/12/08). Teruskan bersama kempen ini.

DOA KAN MEREKA


2 Disember yang lalu, kempen bergelap selama 5 minit menerima respon yang positif daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir, malah sebilangan mahasiswa-mahasiswi Palestin yang berada di Kaherah turut bergelap selama 5 minit. Tujuan dan cara kita berdemonstrasi begini adalah bagi menyatakan rasa simpati dan sehati terhadap Gaza berikutan Israel melanggar persepakatan gencatan senjata pada 04 November 2008. Perlanggaran Israel dengan menyerang beberapa di tempat di Gaza menyebabkan 6 penduduk Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera. Sebaik sahaja Israel melanggar persepakatan tersebut, HAMAS dan kesemua kumpulan pejuang Palestin memutuskan untuk tidak meneruskan 'gencatan senjata'. Bagi mereka, persepakatan ini sia-sia kerana Israel tidak memberi komitmen yang baik, malah Israel terang-terangan tidak mematuhi syarat-syarat 'gencatan senjata' yang telah disepakati pada 19 Jun 2008.

27 Disember 2008, Israel kembali mengganas dengan serangan udara yang menggemparkan beberapa tempat di Gaza. Serangan ini boleh disifatkan terlalu kejam, penuh dengan kezaliman malah bakal meledakkan api fitnah sesama umat Islam walaupun yang melakukannya adalah pihak yang tidak memahami erti aman dan tidak tahu bagaimana mematuhi janji.

Maka, kempen ini juga berterusan bersesuaian dengan realiti semasa setelah mendapat galakkan dari PMRAM. Kempen ini dijalankan 3 bentuk sekaligus, iaitu:


1) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza mulai hari ini(Ahad, 28/12/08) sehingga hari Sabtu akan datang 03/01/2009 melalui televisyen(berita), suratkhabar harian, web-web berita menerusi internet dan apa jua perantaraan yang boleh dicapai bagi mengikuti perkembangan ini dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

2) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengadakan solat hajat serta qunut nazilah(sama ada secara berjemaah atau bersendirian) secara berterusan dari hari ke hari. Saranan ini bermula hari ini (Ahad, 28/12/08) sehingga akhir peperiksaan fasa pertama.

3) Bergelap selama 15 minit pada hari Sabtu akan datang, 03/01/2009(Sabtu malam Ahad) bermula jam 7.30 malam waktu Mesir.

Kelibat masyarakat Arab turun dijalanan bagi membantah keganasan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza mendapat dokongan yang amat meluas. Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan masyarakat Arab di beberapa buah Negara Arab, termasuk juga Turki, dan Negara lain mengambil sikap yang serupa iaitu tunjuk perasaan dan demonstrasi. Tindakan mereka ini tidak lain adalah semata-mata bersimpati dengan Gaza, malah membuktikan jiwa dan hati mereka 'sentiasa hidup' malah memahami akan makna aman dan berusaha menangani tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Tambahan pula kita dan mereka adalah bersaudara.

Kita juga mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan dengan cara yang dinyatakan memandangkan keselamatan dan keamanan Mesir yang tidak mengizinkan berdemonstrasi di jalanan. Ayuh! kita lakukan bersama.

6 PERKARA HAQ6 PERKARA HAQ MUSLIM KE ATAS MUSLIM YANG LAIN MUSLIM KE ATAS MUSLIM YANG LAIN

6 PERKARA HAQ MUSLIM KE ATAS MUSLIM YANG LAIN


Ukhuwwah Islamiah adalah merupakan tonggak kepada kegemilangan ummah dan merupakan satu tuntutan dalam Islam.Islam telah menggariskan haq-haq yang perlu dilaksanakan demi kesejahteraan insan sejagat sepertimana yang terdapat dalam sabda Nabi Muhammad S.A.W.Ini membuktikan kepada kita bahawa pentingnya menjaga haq ukhuwwah di antara kita sebagai Muslim………………………………………………..


HAQ MUSLIM KE ATAS MUSLIM YANG LAIN:


1-Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu hendaklah kamu memberi salam.


2-Apabila kamu mendapat jemputan daripada saudara kamu,maka penuhilah jemputannya.


3-Apabila kamu diminta supaya memberikan nasihat hendaklah kamu menunaikan permintaan itu.


4-Apabila saudaramu bersin dan bertahmid,maka lengkapkanlah dengan bertasymit.


5-Apabila saudaramu sedang berada dalam kesakitan,ziarahilah saudaramu itu.


6-Apabila saudaramu meninggal dunia,iringilah jenazahnya sampai ke tanah perkuburan.

List of Deputy Prime Ministers of Malaysia.....JUST INFORMATION

List of Deputy Prime Ministers of Malaysia
Name Took Office Left Office Party
Tun Abdul Razak 1957 1970 UMNO of Barisan Nasional
Tun Dr Ismail Abdul Rahman 1970 1973 UMNO of Barisan Nasional
Tun Hussein Onn 1973 1976 UMNO of Barisan Nasional
Tun Dr. Mahathir Mohamad 1978 1981 UMNO of Barisan Nasional
Tun Musa Hitam 1981 1986 UMNO of Barisan Nasional
Tun Ghafar Baba 1986 1993 UMNO of Barisan Nasional
Dato' Seri Anwar Ibrahim 1993 1998 UMNO of Barisan Nasional
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 1999 2003 UMNO of Barisan Nasional
Dato' Sri Najib Tun Razak 2004 Present UMNO of Barisan Nasional

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


Salam sejahtera semua buat kawan-kawan, semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera. Seperti biasa Hari Jumaat saya akan menulis sedikit tazkirah untuk kita saling ingat-mengingati. Sebenarnya tulisan ini sebagai peransang bagi saya untuk menuntut ilmu dalam bidang IT pula,sempena dah kena unit ini so tak boleh tidak kena mendalami la jugak tentang ilmu2 IT ini. Insya-Allah mungkin di lain waktu saya akan cuba untuk menyentuh bab-bab yang berkaitan dengan BLOG pulak…NT siapa yang berbakat boleh share info utk kita gabung tenaga untuk ubah suai BLOG DPM DAMIETTA tu,,BAGI nampak molek cikt,,yang lama bukan tak molek cuma tahun ni biarla ada kelainan sikit kan,,,SO MEMBER2 JGN ASYIK KOMEN ,lontar la sikit IDEA,,,.ok.

Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu. Maksud firman Allah s.w.t :

“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :

“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :

“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Hadis dari Abi Zarr r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud : “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah kemudian ditanya Rasulullah: Adakah dia terlebih afdhal daripada membaca Al-Quran? Maka dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.”

Menurut kata Imam Syafie r.a : “Menuntut ilmu itu terlebih baik daripada sembahyang sunat.”

Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya

: “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

Saidina Umar RA telah berkata : “Sesungguhnya mati seribu orang yang kuat beribadat setiap malam kepada Allah Taala dan berpuasa setiap hari terlebih mudah daripada mati seorang yang alim atau mengetahui perkara-perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah.”

Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w, “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam proses menuntut ilmu ini, iaitu :

1- Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
2- Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3- Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4- Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelasnkan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

Di atas peransang dan dorongan di ataslah menyebabkan saya berkobar-kobar untuk menuntut ilmu terutamanya di dalam bidang IT pula khususnya dunia Perniagaan Internet, Web, Blog dan sebagainya walaupun tidak secara rasmi. Mudah-mudahan di usia yang berbaki lagi ini dapat dimanfaatkan se“maksimun” mungkin demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara yang semakin mencabar.

AL-KISAH....

oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati."

AL KISAH...

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka. KITAKAH IKHWAN ITU ?? =)

ULAMA PEWARIS NABI....

{DEFENISI BURASA SAHAM (STOCK EXCHANGE) }

>>Bursa (bourse/exchange) ialah lokasi berpusat yang menjalankan perdagangan instrumen kewangan*2.Terdapat pelbagai jenis bursa masa kini,anataranya:bursa komoditi,bursa mata wang asing,bursa opsyen,bursa sekuriti/saham dan sebagainya.
>>Bursa atau bursa sekuriti (stock exchange)ialah sebuah institusi(seumpama pasar) yang menjalankan urusniaga sekuriti dimana iamembentuk pangkalan utama untuk memudahkan peredaran harta daripada induvidu,institusi dan sektor yang pelbagai,yang membantu mengembangkan kan harta dan menggalakkan pelaburan untuk kepentingan ekonomi.*3
>>Kebiasaannya nama bursa di berikan kepada tempat yang dikhususkan untuk jual beli sekuriti(sijil-sijil saham ,bon dan sebagainya)di mana orang-orang yang bermuamalahdengan sekuriti ini berkumpul di situ untuk membeli atau menjual bon-bon kerajaan atau saham-saham syarikat yang di senaraikan.Biasanya proses jual beli di lakukan dengan perantaraan broker-broker atau orang tengah.

{SEJARAH BURSA SAHAM}

>>Prancis merupakan negara kelahiran bursa saham yang pertama,iaitu kurun ke-13 Masihi,dimana berlaku urusniaga bon antara para perniaga hingga Raja Prancis ,King Philip(1268-1314M) telah mewujudkan broker mata wang bagi menyusun urusniaga antara para perniaga.Pada masa yang sama,gerakan erniagaan di Baljika memberangsangkan dimana para perniaga di negeri Bruges berhimpun di istana keluarga Van der Bourse untuk menhjalankan urusniaga.Perkembangan ini telah menyebabkan mereka mengambil sempena nama keluaraga pemilik istana tersebut bagi mengambarkan urusniaga ini hingga akhirnya pakata Bourse atau Bursa ini digunakan untuk pasaran urusniaga sekuriti.
>>Perkembangan ini akhirnya menyaksikan penubuhan bursa saham di negara Belanda ,Amerika Syarikat,dan kebanyakan negara industri pada kurun ke-19M.Bagi ngera islam pula,bursa saham diperkenalkan oleh negara yang menjajah .Mesir merupakan negara pertama di Timur Tengah yang mempunyai bursa saham iaitu pada akhir kurun ke-19M.Di Malaysia ,aktiviti broker dan syer dijalankan sejak abad ke-19 .Pasaran Saham Malaysia yang pertama ditubuhkan pada 1937 dibawah nama pasaran Broker Saham Malaya,Walaubagaimana pun perdagangan tidak dijalankan sehinggalah nulan Mei 1960*1.

{OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN BURSA SAHAM}

*Penubuhan bursa saham mempunyai beberapa objektif ,anataranya*2:-
1.Menyediakan tempat psaran yang membolehkan pihak yang memerlukan modal mendapatkan modal melalui jual beli sekuriti yang disenaraikan.
2.Menyediakan perkhidmatan yang bersangkutan urusan pelabuaran dan makluamat saham kepada pelabur di samping mewujudkan minat terhadap pasaran sekuriti di kalagan pelabur dan orang awam.

*Antara kepentingan dan peranan bursa saham terhadap ekonomi:-
1.Mencairkan mata wang dan menyalurkannya untuk projek-projek pelaburan.
2.Memberikan indeks am tentang pegerakan harga,harat dan pelaburan,sekaligus mengambarkan kedudukan ekonomi negara.
3.Menyumbang kepada meningkatkan keupayaan ekonomi dengan pelbagai projek pembangunan.
4.Medan negara mencapai kestabilan matawang daripada urusniaga sekuriti bagi mengelakkan inflasi.

{INSTRUMENT KEWANGAN YANG DIDAGANGKAN DI BURSA SAHAM DAN PANDANGAN ISLAM MENGENAINYA}

>>Terdapat pelbagai instrument kewangan yang diniagakan dibursa saham,antara yang utama ialah SAHAM dan BON.Instrument lain sperti:DEBENTUR,STOK PINJAMAN,SIJIL PELABUARAN ,UNIT AMANAH dan sebagainya.Untuk mengetahui hukum instrument ini ,kita perlu menganalisa setiap instrument ini dalam segenap sudup,Walau bagaimanapun ,maklumat ini hanya akan menumpukan perbincangan tentang saham dan bon.

KENALI TOKOH EKONOMI ISLAM

>>Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa ekonomi islam ialah IBNI TAMIYAH(1262-1328 Masehi)dan IBN KHALDUN(1332-1406 Masehi).IBN TAMIYAH yan berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan perdagangannya mengenai harga setara,pasaran sempurna,kawalan harga ,monopoli,penyorokan dan spekulasi.Manakala IBNU KHALDUN pula didalam kitabnya,yang terkenal iaitu" MUKADDIMAH IBN KHALDUN",menyentuh banyak pekara ekonomi seperti nilai.buruh.sistem harga,hukum permintaan dan penawaran,penggunaan dan pengeluaran.wang ,modal,kewangan negara,dll.Beliau yang berasal daripada Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dangan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului ADAM SMITH sejak dengan jarak waktu 400 tahun.

>>Walaubagaimanapun momentum perkembangan ilmu ekonomi islam ini mengalami kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan islam yang berlaku di sekitar kurun ke13 masihi.Inilah zaman kegelapan islam dimana masala politik dan sosial dikalagan umat islam telah menjadi kucar kacir sehingga membantutkan istitusi keilmuan.Para ilmuan tidak mampu lagi mengkaji dan berijtihad.Ilmu Ekonomi islam yang disasakan oleh IBN TAMIYAH dan IBN KHALDUN dan yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.(2).

>>Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu beralih ke barat,Lahirlah tokoh2 ilmu ekonomi Barat sperti ADAM SMITH (1723-1790),David Ricardo (1771-1823).J.S MILLS(1806-1873)IRVING FISHER (1867-1947),JOHN MAYNARD KEYNES(1883-1946), dan lain-lain.Cendiakawan dari negara islam pla menghala ke barat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan amalannya di negara masing-masing.Zaman kejatuhan kegemilangan islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa barat keatas negara-negara islam.Maka dengan strategi serampang dua mata ini,iaitu melalui penjajahan politk dan penjajahan ilmu,boleh dikatakan kesemua negara islam kini mengamalkan sistem pemerintahan dan sistem ekonomi barat yang dikatakan sekular itu.

>>Natijah daripada sejarah perkembangan ilmuyang terbantut itu,persoalan yang di hadapi kita ialah,APA DIA DAN DIMANA DIA EKONOMI ISLAM?Adakah sistem ekonomi barat sesuai diamalkan oleh umat islam,negara dan masyarakat islam dengan pengubahsuaian yang sewajarnya(proses islamisasi)?Atau adakah Ekonomi islam itu merupakan satu bindang ilmu yang sama sekali berlainana daripada barat sehingga kan tidak mungkin ianya diubahsuai daripada acuan ekonomi konvesional?Pendekatan kedua ini kurang praktikal kerana adanya tempoh beku dalam ekonomi islam selepas zaman IBN KHALDUN.Pendekatan pertama lebih mudah dan lebih pratikel memandang kepada daripada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi konvesional.Para ilmuan islam boleh mengunakan ekonomi konvesiaonal sebagai titik tolak dan membuat penyaringan untuk mengambil perkara yang dibenarkan oleh islam,mengubasuai perkara yang tidak sesuai dan menolak yang jelas tidak di benarkan.


--------------------------------------------

1-Surtahaman K.H dan Sanep Ahmad ,Ekonomi islam ,Dasar dan Amalan ,DBP,2005 xx-xxi
2-Op.cit,halaman xxiii.
3-UST SERI NAHABAH (M.A AMERICAN OPEN UNIVERSITI)

EKONOMI ISLAM : PERSPEKTIF DAN CABARAN


EKONOMI ISLAM : PERSPEKTIF DAN CABARAN

PENGENALAN :>> Ekonomi bukanlah perosalan baru dalam islam.Perancangan dan aktiviti ekomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf A.S yang menjadi Menteri Ekonomi PERTAMA di Mesir.Baginda telah meletakkan asas ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memmastikan negara mempunyai bekaln yang cukup mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan.Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal islam agak terbatas dengan kegiatan jual beli sahaja di pasaran yang mudah.Mualai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba,sistem harga,monopoli,percukaian.zakat,kewangan kerajaan dan sebaigainya.Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikutmazhab masin-masing(1).

>>Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa ekonomi islam ialah IBNI TAMIYAH(1262-1328 Masehi)dan IBN KHALDUN(1332-1406 Masehi).IBN TAMIYAH yan berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan perdagangannya mengenai harga setara,pasaran sempurna,kawalan harga ,monopoli,penyorokan dan spekulasi.Manakala IBNU KHALDUN pula didalam kitabnya,yang terkenal iaitu" MUKADDIMAH IBN KHALDUN",menyentuh banyak pekara ekonomi seperti nilai.buruh.sistem harga,hukum permintaan dan penawaran,penggunaan dan pengeluaran.wang ,modal,kewangan negara,dll.Beliau yang berasal daripada Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dangan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului ADAM SMITH sejak dengan jarak waktu 400 tahun.

>>Walaubagaimanapun momentum perkembangan ilmu ekonomi islam ini mengalami kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan islam yang berlaku di sekitar kurun ke13 masihi.Inilah zaman kegelapan islam dimana masala politik dan sosial dikalagan umat islam telah menjadi kucar kacir sehingga membantutkan istitusi keilmuan.Para ilmuan tidak mampu lagi mengkaji dan berijtihad.Ilmu Ekonomi islam yang disasakan oleh IBN TAMIYAH dan IBN KHALDUN dan yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.(2).

>>Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu beralih ke barat,Lahirlah tokoh2 ilmu ekonomi Barat sperti ADAM SMITH (1723-1790),David Ricardo (1771-1823).J.S MILLS(1806-1873)IRVING FISHER (1867-1947),JOHN MAYNARD KEYNES(1883-1946), dan lain-lain.Cendiakawan dari negara islam pla menghala ke barat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan amalannya di negara masing-masing.Zaman kejatuhan kegemilangan islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa barat keatas negara-negara islam.Maka dengan strategi serampang dua mata ini,iaitu melalui penjajahan politk dan penjajahan ilmu,boleh dikatakan kesemua negara islam kini mengamalkan sistem pemerintahan dan sistem ekonomi barat yang dikatakan sekular itu.

>>Natijah daripada sejarah perkembangan ilmuyang terbantut itu,persoalan yang di hadapi kita ialah,APA DIA DAN DIMANA DIA EKONOMI ISLAM?Adakah sistem ekonomi barat sesuai diamalkan oleh umat islam,negara dan masyarakat islam dengan pengubahsuaian yang sewajarnya(proses islamisasi)?Atau adakah Ekonomi islam itu merupakan satu bindang ilmu yang sama sekali berlainana daripada barat sehingga kan tidak mungkin ianya diubahsuai daripada acuan ekonomi konvesional?Pendekatan kedua ini kurang praktikal kerana adanya tempoh beku dalam ekonomi islam selepas zaman IBN KHALDUN.Pendekatan pertama lebih mudah dan lebih pratikel memandang kepada daripada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi konvesional.Para ilmuan islam boleh mengunakan ekonomi konvesiaonal sebagai titik tolak dan membuat penyaringan untuk mengambil perkara yang dibenarkan oleh islam,mengubasuai perkara yang tidak sesuai dan menolak yang jelas tidak di benarkan.


--------------------------------------------

1-Surtahaman K.H dan Sanep Ahmad ,Ekonomi islam ,Dasar dan Amalan ,DBP,2005 xx-xxi
2-Op.cit,halaman xxiii.
3-UST SERI NAHABAH (M.A AMERICAN OPEN UNIVERSITI)