Wednesday, March 11, 2009

LA-GILA GILA-GI...LETUPAN DI BANDAR KHAHERAH ..

KHAHERAH,Satu lagi kejutan letupan yang berlaku dilorong membeli belah di sekitar masjid husen berdekatan dengan bangunan universiti al azhar,Kelihatan beberapa angota keselamatan sedang menutup jalan bagi tujuan siasatan,kejadian ini berlaku kira2 jam 6 .50 ptg waktu mesir,di percayai dua butir bom tangan berjaya diletupkan dari tingkat atas salah sebuah hotel berhampiran,bagaimana pun kemalangan ini telah mengorbankanseorang warga wanita perancis dan 20 orang cedera. Mangsa cedera adalah 13 warga prancis, 3 warga jerman dan 4 orang mesir termasuk anggota keselamatan dan kanak-kanak.AlHAMDULILAH., tiada warga malaysia atau pelajar al azhar khususnya rakyat maaysia yang terbabit dengan musibah tersebut,sememangnya tempat ini menjadi tumpuan pelajar2 malaysia datang ke sini.Berhampiran tempat kejadian terdapat universiti al azhar yang mana saban hari pelajar2 malaysia akan datang untuk bertalaqi(belajar) bersama Syeikhul Azhar..Sememangnya ALLAH melindungi para penuntut ilmu ALLAH.........



Dua bom yang dicampakkan dan hanya satu yang meletup. Bom yang berupa tin besi dan dibungkus dengan tangan yang mengandungi bahan TNT, batu dan pasir. Ia adalah buatan tempatan.

-bom yang tidak meletup jaraknya dengan yang meletup adalah 3 meter menurut saksi. Ia telah dimatikan fungsinya dengan plastik2 berisi pasir.

- pihak keselamatan mesir menyatakan bahawa bom diletakkan dibawah kerusi batu berhampiran restoren diluar hotel husein.

- pihak keselematan telah mengepung hotel-hotel dan restaurant yang berhampiran untuk mengenal pasti penjenayah yang terlibat sebaik sahaja pengeboman ini berlaku. Mereka telah menegah masuk atau keluar dari kawasan tersebut. Anjing2 polis juga digunakan untuk memeriksa kawasan kejadian.

- pelancong yang berada disitu dibawa dari situ dengan sepuluh biji bas dengan kawalan ketat.

-mangsa yang cedera dibawa ke hospital universiti Husein, hospital antarabangsa mesir, hospital kaherah Fatimiah dan Ma’had Nasir.

-Satu yang kritikal kerana serpihan2 telah masuk ke peparunya. Adapun yang lain dilaporkan stabil.

- Syeikhul Azhar telah menyelar pengeboman ini dan menyifatkan sebagai jenayah yang pengecut dan ditolak agama Islam.

- 3 orang telah ditangkap kerana disyaki terlibat dgn pengeboman ini.

No comments:

Post a Comment