Wednesday, March 11, 2009

BANTU LAH MEREKA...


RAMADHAN DAN PALESTIN


Pastinya kehangatan ramadhan yang semakin menjelang tiba menyebabkan umat Islam menantikannya dengan penuh keazaman dan penuh pengharapan. Keazaman untuk melakukan yang terbaik bagi ramadhan tahun ini dan pengharapan agar segala amalan yang dilaksanakan di bulan mulia ini diterima oleh Allah swt. Justeru itu ramai di kalangan umat Islam menggandakan amalan pahala mereka di bulan ini dengan janji pahala akan dilipat gandakan. Suasana menyambut kedatangan ramadhan didahului dengan puasa sunat dan sedekah di bulan Rejab dan Sya’ban iaitu persediaan-persediaan rohani untuk menyambut kedatangan ramadhan. Semuanya ini adalah berdasarkan keyakinan bahawa Allah swt akan sentiasa melihat dan menghitung segala amalan yang dilakukan oleh seorang hamba yang penuh pengharapan kepadaNya.


No comments:

Post a Comment