Wednesday, March 11, 2009

SERANGAN KEDUA KE ATAS GAZA

kesan serangan Israel pada hari pertama 27 Disember 2008 menerusi youtube.com, klik di sini

[MAP] Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. Jumlah penduduk Palestin yang terbunuh telah meningkat ke angka 282, 700 lagi cedera, 180 darinya mengalami kecederaan yang kritikal. Di Negara-negara Arab, rata-rata penduduk Arab juga termasuk Eropah mengambil pendekatan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan bagi membantah, mengecam, dan mengutuk serangan Israel ke Gaza. Menurut sumber, 30 tempat di Gaza menjadi sasaran serangan udara Israel, terbaru kemungkinan akan berlaku serangan darat. Gaza bakal seperti Iraq, Afghanistan?

12.08 tengahari (waktu Mesir)

[MAP] 6500 tentera Israel mengambil langkah berjaga-jaga sementara beberapa tempat di Gaza terus dibom Israel. Menurut sumber, pejuang Palestin turut melancarkan serangan roket yang dilaporkan telah jatuh ke Askalan, Ushdud dan Sderot, Israel. Saat ini, beberapa penduduk Arab di beberapa Negara-negara turun dijalanan bagi membantah serangan Israel ini.

12.49 petang (waktu Mesir)

[MAP] Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel bertegas akan meluaskan lagi serangan ke Gaza bagi menjatuhkan HAMAS. 28/12/08., srael membenarkan 30 trak yang membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui sempadan(perlintasan) Karem Abu Salim.

[MAP] Kapal Terbang Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan telah sampai di Lapangan Terbang 'Arish semalam. Bagaimanapun, sehingga saat ini bantuan-bantuan tersebut belum lagi mendapat keizinan dari Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza. Jumlah penduduk Palestin yang terkorban meningkat ke angka 284 orang.

2.10 petang (waktu Mesir)

[MAP] Serangan terbaru di Beit Hanoun, Gaza. Helikopter Israel sedang melancarkan beberapa serangan ke atas beberapa buah tempat. Menurut sumber, serangan Israel itu ke arah pihak Kataib Izzuddin Al-Qassam merupakan sayap tentera HAMAS yang dilabelkan pengganas oleh Israel. Siaran langsung dari Gaza masa ini.

2.24 petang (waktu Mesir)

[MAP] Kenyataan Menteri Luar Mesir, Aboul Gheit yang mengatakan HAMAS tidak membenarkan penduduk Palestin yang mengalami kecederaan amelintasi sempadan Rafah untuk mendapatkan rawatan di Rafah Mesir. Bagaimanapun, HAMAS menafikan kenyataan Aboul Gheit itu.

[MAP] Syarat-syarat yang dinyatakan oleh Amerika dan Israel bagi menghentikan serangan Israel ini adalah:

1) HAMAS dan kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin Gaza mesti kembali kepada persepakatan 'gencatan senjata' mengikut asas undang-undang antarabangsa.

2) HAMAS dan kesemua kumpulan pejuang Palestin di Gaza mesti menghentikan serangan roket dan apa jua bentuk serangan ke Israel, jam 2.43 petang.

Semalam jurucakap HAMAS menyatakan bahawa kami tidak akan mengangkat bendera putih dan kami akan terus pertahankan Gaza. Ismail Haniah(HAMAS), Perdana Menteri Kerajaan Palestin juga menegaskan bahawa kami akan tetap dengan pendirian kami sekalipun kami terbunuh, dimusnahkan dan seumpamanya. Kataib Izuddin Al-Qassam(sayap tentera HAMAS) dan kesemua kumpulan pejuang digesa pertahankan Gaza dan lakukan serangan balas ke atas Israel.

jam 2.45 petang (waktu Mesir)

[MAP] Penduduk Lubnan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Beirut, Lubnan. Menurut sumber, pihak keamanan Lubnan bertindak meleraikan tunjuk perasaan itu dengan gas pemedih mata. Di Iraq (beberapa buah bandar)juga walaupun ditakluk Amerika, mereka juga mengadakan tunjuk perasaan menghujum serangan Israel.

[MAP] Hasan Nasrullah menyatakan apa yang berlaku di Gaza juga sebagaimana yang berlaku di Lubnan(Israel serang Lubnan, 2006). Nasrullah juga menambah bahawa semua ini menuntut supaya tunduk kepada syarat-syarat yang telah dikemukakan Amerika dan Israel.

Jam 3.05 petang (waktu Mesir)

[MAP] Fauzi Barhoum(jurucakap bagi Kerajaan Palestin di Gaza) dalam sidang akhbar di Gaza sebentar tadi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Mesir dan kenyataan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin dalam satu sidang akhbar yang diadakan tenga hari ini di Kaherah ketika Israel terus menerus menyerang Gaza. Barhoum menjelaskan berhubung Palestin yang cedera agar dibawa ke sempadan Rafah sebenarnya tidak ada pemusatan maklumat dengan Kerajaan Mesir. Barhoum Juga mempertikaikan paparan yang disiarkan oleh televisyen FATAH di Ramallah yang memfitnah HAMAS.

3.15 petang (waktu Mesir)

[MAP] Protes besar-besaran di hadapan kedutaan Israel di London.

[MAP] Para penunjuk perasaan di Maghribi meminta Negara-negara supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel. Di Jordan, para penunjuk perasaan membantah serangan Israel yang terangan membunuh penduduk Palestin Gaza, mereka menuntut agar duta Israel ke Jordan dipecat. Sementara itu, di Qatar para mahasiswa-mahasiswi Universiti Qatar mengadakan demonstrasi sebagai protes serangan Israel.

[MAP] Penduduk Palestin di Tebing Barat mengadakan tunjuk perasaan, sebilangan besar turun di jalanan bagi mengutuk serangan Israel ke atas Gaza. Menurut sumber, 15 penduduk Palestin parah akibat tindakan pihak penakluk(tentera Israel) yang bertindak melepaskan tembakan peluru hidup ke arah mereka. Dilaporkan berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera Israel di Selatan Khalil. Tidak dinafikan, sekurang-kurangnya 2 penduduk Palestin dilaporkan terbunuh. Di jajahan 1948, 15 penduduk Palestin ditangkap tentera Israel.

[MAP] Menurut sumber setakat ini, jumlah penduduk Palestin yang syahid meningkat ke angka 290, manakala 800 lagi cedera termasuk yang kritikal. Sekarang Israel sedang menyerang Jabaliya yang merupakan benteng terkuat bagi pejuang Palestin di Gaza. Sementara itu, di Khan Yunis, Selatan Gaza Israel mengebom sebuah bangunan. Menurut sumber, Israel melakukan serangan udara ke atas beberapa buah yang dihuni oleh salah seorang pimpinan Kataib Izzuddin Al-Qassam, beliau syahid dalam serangan tersebut. Masjid juga dibom, menurut salah seorang tentera Israel..mereka mendapat maklumat masjid itu digunakan oleh pejuang Palestin bagi menempatkan senjata dan kegiatan 'irhabiah'. Masjid yang dibom hancur teruk malah ditemui 7 jasad penduduk Palestin yang telah terbunuh di bawah runtuhan masjid.

Selain itu, Yayasan Kebajikan yang didakwa bawah seliaan HAMAS turut dibom.

Setakat ini, tidak dinyatakan secara tepat jangka masa serangan Israel ke Gaza. Bagaimanapun, menurut sumber tentera Israel(pasukan kereta kebal) menyatakan selagimana tempat-tempat di Israel tidak tenang dari serangan roket, mereka akan berterusan menyerang Gaza. Menurut Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel bahawa serangan ini mengambil jangka masa yang lama. Tambah Tsipi Livni, Menteri Luar Israel, sasaran mereka di Gaza adalah HAMAS. Sebelum ini, Israel telah mengancam untuk menjatuhkan HAMAS.

[MAP] Menurut sumber dari tentera Israel, mereka telah menyerang 300 tempat dan kawasan yang ada kaitan dengan HAMAS di Gaza. Sementara itu, kereta kebal dan buldozer Israel telah dikumpulkan berdekatan dengan pertengahan Semenanjung Gaza, sebanyak 6500 tentera Israel mengambil langkah berjaga-jaga menanti arahan untuk serangan darat.

[MAP] Lagi demonstrasi dan tunjuk perasaan petang tadi. Di Turki, para penunjuk perasaan meminta supaya memutuskan sebarang hubungan dengan Israel, sementara itu Perdana Menteri Turki turut mengecam Israel. Beliau mengatakan, tidak ada faedah untuk menghubungi Israel. Di Denmark, Norway dan Sweden juga ada tunjuk perasaan membantah dan memprotes serangan Israel ke Gaza.

[MAP] Terkini : 2 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan terbaru di tempat yang berbeza di Gaza. Menurut sumber, beberapa buah bangunan yang berhampiran Universiti Islamiah Gaza mengalami kerosakan akibat serangan Israel sebentar tadi. Antaranya adalah bangunan asrama.

29/12/08, jam 12.15 pagi(Waktu Mesir)

[MAP] Tolong berjaga-jaga dan jangan terpengaruh dengan sebarang propaganda yang menyatakan HAMAS punca semua ini. Setakat ini, Amerika dan Israel yang keluarkan kenyataan seperti itu, namun ada menteri arab juga yang keluarkan kenyataan sebagaimana Amerika dan Israel. Musuh yang nyata sekarang ini adalah Israel dan Amerika, juga sesiapa sahaja yang bersekongkol. Siang tadi berlaku beberapa kecaman terhadap HAMAS ketika satu sidang akhbar menteri-menteri Arab di Kaherah.

[MAP] Terkini : Kapal perang Israel mengebom pelabuhan/pelantar nelayan Gaza yang berdekatan Bandar Gaza, siaran langsung dari al-jazeerah di Gaza sekarang ini memaparkan serangan bersiri Israel. Ketika ini, jet pejuang F-16 Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza.

[MAP] Jam 9.35 malam(28/12/08), seorang penduduk Palestin dan pengawal sempadan Mesir terbunuh dalam satu kejadian tembak-menembak. Menurut sumber, kejadian itu berlaku kerana Palestin cuba merempuh sempadan Mesir-Gaza.

[MAP] Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel meningkat ke 301, manakala 800 lagi cedera termasuk kritikal.

29/12/08, 1.30 pagi(Waktu Mesir)

Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber di atas adalah berdasarkan siaran langsung dari berita al-Jazeerah bermula jam 10.00 pagi(28/12/08) hingga 3.00 pagi(29/12/08). Teruskan bersama kempen ini.

No comments:

Post a Comment