Wednesday, March 11, 2009

PALESTIN MENANGIS...SAMPAI BILA KITA MAHU LIHAT SAHAJA..





Serangan Israel ke Gaza masih berlanjutan dan berterusan dari semasa ke semasa. Pemimpin Hizbullah mengingatkan serangan ini seumpama ketika Israel menyerang Lubnan 2006 yang lalu. Pengamat politik juga pakar strategi dari Lubnan menilai bahawa serangan Israel ini akan lemah jika HAMAS sekuat Hizbullah. Bagaimanapun, kepada Allah segala ketentuan.

>> Situasi di atas hanyalah kenyataan politik, bukan ingin mencampuri urusan politik mana-mana Negara dan bukan untuk melebarkan fitnah antara mana-mana Negara.


[MAP] Awal pagi tadi sekitar jam 12.30 pagi-4.00 pagi(30/12/08), beberapa bangunan Kerajaan Palestin Gaza telah diserang oleh Israel. Menurut sumber, bangunan-bangunan(Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri) kerajaan mengalami kerosakan akibat 20 serangan peluru berpandu Israel(serangan udara) malah serangan untuk kali kedua ke Universiti Islamiah Gaza. Turut terancam beberapa rumah penduduk Palestin yang berhampiran dengan tempat yang diserang, termasuk rumah Ismail Haniah(Perdana Menteri di Gaza, merupakan pemimpin tertinggi HAMAS).

[MAP] Jumlah penduduk Palestin yang syahid setakat ini meningkat ke angka 360, 1700 cedera termasuk kritikal. Bagaimanapun dalam serangan udara Israel pagi tadi mengakibatkan 2 kanak-kanak perempuan(kakak dan adik) syahid, jam 9.05 pagi (waktu Mesir). Menurut sumber, jentera serangan udara Israel adalah helikopter apache dan pesawat F-16. Saat ini, F-16 berlegar-legar di ruang udara Gaza malah jet pengintip tanpa pemandu juga mengintai-ngintai di ruang udara Gaza bagi mencari sebarang pergerakan pejuang Palestin dan sasaran seterusnya. Pejuang Palestin cuba untuk menjatuhkan pesawat pengintip tetapi setakat ini belum ada kesan. jam 11.05 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Demonstrasi membantah penyelembelihan(serangan udara yang berterusan) Israel terhadap penduduk Palestin Gaza di hadapan Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur. Singapura juga menyatakan bimbang dengan apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.


[MAP] Kapal al-Karamah kembali ke Gaza untuk kali kedua dengan membawa bantuan rawatan dan ubat-ubatan untuk penduduk Gaza telah dikepung 4 buah kapal perang Israel. Menurut sumber, al-Karamah dilanggar dibahagian hadapan. Dalam masa yang sama masalah teknikal berlaku. Bagaimanapun kapal Israel melarang al-Karamah mendekati perairan Gaza dan dipaksa berpatah semula ke Cyprus. Menurut sumber pelabuhan/pelantar nelayan Gaza untuk berlabuh telah dibom semalam oleh kapal perang Israel. Anak kapal al-Karamah termasuk Sami al-Haj(wartawan al-Jazeerah) menyatakan agak mencemaskan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, tambahan pula kerosakan berlaku kerana dilanggar kapal Israel.

Jurucakap Menteri Luar Israel mendakwa al-Karamah membuat propaganda terhadap Israel. Tambah beliau, kerana al-Karamah bersimpati untuk HAMAS namun Marwan Al-Barghousi(Jawatankuasa yang terpenting bagi Palestin) membidas kenyataan itu. Katanya, Israel sengaja membuat unsur-unsur pembohongan. Tambah beliau, al-Karamah hanyalah kapal kecil untuk membawa bahan bakar pun tidak mampu.

Walaubagaimanapun, beliau amat berharap kesepatakan arab membuat ketetapan yang kuat bagi mendokong Gaza, seperti membuka sempadan Rafah. Juga membuat ketetapan bagi menghukum Israel dan memutuskan hubungan dengan Israel.

Terbaru: al-Karamah dalam perjalanan ke pengkalan Lubnan setelah Presiden Lubnan mengeluarkan kenyataan bagi menyelamatkan al-Karamah. Menurut sumber setakat ini, ada lagi kapal yang akan datang ke Gaza(Iran dan Libya). 9.20 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB menyeru Menteri-Menteri Luar Arab supaya bertindak dengan seberapa segera bagi menghentikan apa yang berlaku di Gaza. Beliau turut mengkritik pemimpin-pemimpin dunia kerana tidak ada kesungguhan bagi menghentikan serangan dan keadaan yang menimpa Gaza masa ini.

[MAP] Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel berkata, serangan-serangan udara Israel sekarang ini adalah peringkat pertama. Tambahnya, ada lagi peringkat-peringkat yang akan digerakkan dan akan mengambil tempoh masa yang lama. Peringkat serangan darat semakin hampir.

Setelah pertemuan semalam antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) dan pegawai-pegawai keamanan Israel telah memutuskan untuk meneruskan serangan ke Gaza walaupun mendapat tentangan, kritikan dan kecaman dari semua pihak. Diterima jam 11.20 pagi (waktu Mesir)

[MAP] Jumlah penduduk Palestin Gaza akibat serangan Israel meningkat ke angka 380, manakala 1750 penduduk Palestin mengalami kecederaan termasuk kritikal. jam 11.50 (waktu Mesir)


Edit kali pertama (30/12/08) : jam 12.40 petang

Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber di atas adalah berdasarkan siaran langsung dari berita al-Jazeerah Teruskan bersama kempen ini.

No comments:

Post a Comment