Wednesday, March 11, 2009

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


Salam sejahtera semua buat kawan-kawan, semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera. Seperti biasa Hari Jumaat saya akan menulis sedikit tazkirah untuk kita saling ingat-mengingati. Sebenarnya tulisan ini sebagai peransang bagi saya untuk menuntut ilmu dalam bidang IT pula,sempena dah kena unit ini so tak boleh tidak kena mendalami la jugak tentang ilmu2 IT ini. Insya-Allah mungkin di lain waktu saya akan cuba untuk menyentuh bab-bab yang berkaitan dengan BLOG pulak…NT siapa yang berbakat boleh share info utk kita gabung tenaga untuk ubah suai BLOG DPM DAMIETTA tu,,BAGI nampak molek cikt,,yang lama bukan tak molek cuma tahun ni biarla ada kelainan sikit kan,,,SO MEMBER2 JGN ASYIK KOMEN ,lontar la sikit IDEA,,,.ok.

Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu. Maksud firman Allah s.w.t :

“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :

“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :

“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Hadis dari Abi Zarr r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud : “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah kemudian ditanya Rasulullah: Adakah dia terlebih afdhal daripada membaca Al-Quran? Maka dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.”

Menurut kata Imam Syafie r.a : “Menuntut ilmu itu terlebih baik daripada sembahyang sunat.”

Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya

: “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

Saidina Umar RA telah berkata : “Sesungguhnya mati seribu orang yang kuat beribadat setiap malam kepada Allah Taala dan berpuasa setiap hari terlebih mudah daripada mati seorang yang alim atau mengetahui perkara-perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah.”

Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w, “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam proses menuntut ilmu ini, iaitu :

1- Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
2- Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3- Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4- Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelasnkan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

Di atas peransang dan dorongan di ataslah menyebabkan saya berkobar-kobar untuk menuntut ilmu terutamanya di dalam bidang IT pula khususnya dunia Perniagaan Internet, Web, Blog dan sebagainya walaupun tidak secara rasmi. Mudah-mudahan di usia yang berbaki lagi ini dapat dimanfaatkan se“maksimun” mungkin demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara yang semakin mencabar.

No comments:

Post a Comment